Istri yang Dianiaya dan Di zhalimi Oleh Suaminya Ia Sangat Beruntung. Baca Kisah Ini Sebentar Saja

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung  datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai ibu?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.


Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh.Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.



Tuan syeikh tersenyum.

Isteri itu keheranan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh
boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai ibu yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah.. Untung !

Syeikh: Ya wahai ibu. Kamu sangat beruntung.  Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan.

Kehidupan saya penuh derita. Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai ibu?

Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus  asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai ibu, ALLAH sedang mengujimu. ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu, bahwa ALLAH sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.  Karena apa?Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.

Andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai ibu. Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan
tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH.
ALLAH akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah
wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai ibu...
Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: ALLAH...wahai ibu, berapa umurmu sekarang ini?
Isteri: 40 tahun Tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mau hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh: Kamu mau saya ceritakan apa untungnya
kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.

Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu. Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah
yang WAJIB dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami. Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau menderita di dunia ini

Wahai ibu....
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?
Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung
dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.....

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah menyeret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti?

Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-iteteri dan anak-anaknnya sendiri.

Mana-mana hak isteri dan anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat
mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH. Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu.

Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala?

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya. Andai kamu diceraikan, sehingga habis waktu iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.

Dosanya padamu sepanjang waktu itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho.

Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.
Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf  padamu?
Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah ibu masih menyayanginya?  Isteri itu hanya membisu.
Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai ibu? isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan
menganiaya dan menzalimimu wahai ibu, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.

Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;  Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada  ALLAH.
Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka.
Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mau menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri.

Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap saja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.

Pulanglah wahai ibu, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.
Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat. Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan  janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh. Semoga tulisan ini dapat memberikan hikmah, baik kepada penyampai maupun kepada pembaca.

Aamiin ya Rabbal'alamiin (dari berbagai sumber)

from Tausiah Pedia http://ift.tt/2cDLnNI
via IFTTT

Related Posts:

0 Response to "Istri yang Dianiaya dan Di zhalimi Oleh Suaminya Ia Sangat Beruntung. Baca Kisah Ini Sebentar Saja"

Posting Komentar